fbpx

6 kucing mati kebakaran empat rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran empat buah rumah di Taman Seri Kota Kuala Muda, dekat Sungai Petani petang tadi.

SUNGAI PETANI – Sebanyak empat buah rumah musnah dalam kebakaran di Taman Seri Kota Kuala Muda, di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Muhamad Syukri Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 5.53 petang.

Anggota bomba memberi bantuan kecemasan ke atas enam ekor kucing peliharaan yang terperangkap dalam  kebakaran rumah di Taman Seri Kota Kuala Muda, dekat Sungai Petani petang tadi.

“Anggaran peratusan kemusnahan bagi setiap rumah adalah antara 10 hingga 85 peratus,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut, namun enam ekor kucing peliharaan di dalam sebuah rumah yang terbakar tidak dapat diselamatkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI