fbpx

[VIDEO] Hattan sebak anak saudara skor semua A SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK saudara Hattan, Mikael mendapat semua A dalam SPM.

PETALING JAYA – Penyanyi legenda Datuk Hattan berbangga dengan anak saudaranya, Mikael yang meraih keputusan cemerlang Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), pagi tadi.

Lebih membuatkan dirinya sebak apabila Mikael merupakan anak kepada adiknya iaitu Allahyarham Mohd. Hatta Shahabudin, 46, yang meninggal dunia mengejut pada hari raya kelima lalu.

“Mula-mula sekali, tahniah kepada Warriors 2023 Alam Shah. Mereka nombor satu dalam Malaysia.

Ini anak arwah adik saya, Mohd. Hatta Shahabudin. Alhamdulillah, dia berjaya mendapat semua A dan membanggakan kami sekeluarga.

“Kalaulah ada arwah, tidak tahulah apa saya nak cakap. Apa pun tahniah kepada sekolah ini dan Mikael. I love you so much (saya sayang awak sangat),” katanya menerusi sebuah video hantaran Instagram.

@hibglam.com.my

Tahniah buat anak saudara Hattan iaitu Mikael Mohd. Hatta (pelajar Sekolah Sultan Alam Shah) yang meraih straight As SPM 2023. Semoga berjaya dunia akhirat! #hibglam #sas #warriors #alamshah

♬ original sound – HIBGLAM – HIBGLAM

Dalam video tersebut, penyanyi Biso Bonar itu tidak dapat menahan sebak dan sempat memeluk erat Mikael atas kejayaannya dalam SPM.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Shahabuddin, 59, kehilangan adik tersayang di kediaman keluarga mereka di Seri Menanti, Negeri Sembilan beberapa bulan lalu.

Hattan mengakui pemergian anak keenam dari tujuh beradik itu meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat dirinya sekeluarga. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI