fbpx

Umur 15 tahun dapat panggilan haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Nouh Ebdansyakur (kanan) bersama Muhammad Adam Aiman (tengah) dan Muhammad Edris El-Fatih ketika ditemui di Mekah.

MEKAH – Ketika rakan seusia lain sedang sibuk bermain dan menikmati cuti persekolahan, Muhammad Nouh Ebdansyakur Mohd. Amizul Fazly, 15, sudah bertungkus lumus mengerjakan ibadat haji tahun ini.

Malah, ramai rakan-rakan sebaya yang tidak percaya dia akan menyempurnakan Rukun Islam kelima itu.

Bagi pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor, Kota Bharu itu, dia agak gementar lebih-lebih lagi dengan usianya yang muda apabila menerima tawaran haji.

“Sewaktu menerima tawaran daripada Lembaga Tabung Haji ada satu ketika saya rasa belum bersedia dan gugup. Alhamdu­lillah, dengan dorongan ayah dan ibu, saya teruskan juga untuk menunaikan ibadat haji.

“Ayah juga sering memberi tunjuk ajar hal-hal berkaitan haji. Selepas bimbingan itu saya yakin dan terus bersedia untuk bergelar haji pada usia muda,” ­katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Katanya, datang bersama dua abang, Muhammad Adam Aiman, 20, dan Muhammad Edris El Fateh, 17, membuatkan dia tidak begitu kekok.

“Permohonan haji saya dan dua abang dibuat sejak 2008 lagi selepas ibu bapa mula menabung sejak kami kecil lagi.

Muhammad Adam Aiman pula berkata, mereka bertiga sering diberi kefahaman tentang ibadah haji oleh ibu bapanya.

“Kami sering diajar dan di­ingatkan oleh ibu bapa kami bahawa haji ialah untuk orang muda. Pada masa sama kami anggap ia satu cabaran dan kami sahut.

“Lagipun pada saya, ia adalah peluang yang terbaik untuk kami menyelesaikan Rukun Islam kelima dalam usia yang muda,” ­jelasnya.

Tambahnya, mereka bertiga seronok apabila dapat bersama-sama dengan jemaah haji yang seusia dengan ibu bapanya.

“Seikhlasnya, kami sangat seronok berada di sini dengan mereka. Beriringan ke masjid, ber­mesra dengan jemaah yang lebih tua daripada kami. Malah ada masa­nya, kami dilayan se­perti anak dan cucu mereka,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI