fbpx

SPM 2023: 17 penghafal al-Quran raih 12A dalam SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Hariz (dua dari kiri) meraikan keputusan cemerlang SPM bersama ahli keluarganya di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seramai 17 penghafal al-Quran yang juga pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Kuala Terengganu di sini mencapai keputusan cemerlang 12 A dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

Selain itu, seramai 11 calon SPM sekolah itu mendapat 11A, 10A (15 orang) dan 9A (17 orang).

Salah seorang pelajar cemerlang SMIYT Kuala Terengganu, Amir Hariz Amir Mohd. Hafiz, 18, yang memperoleh 12A+ berkata, amalan membaca al-Quran dan membantu rakan mengulangkaji membantunya menguasai pelajaran.

Anak sulong daripada empat beradik itu berkata, dia sekadar memperolehi 5A+ pada peperiksaan percubaan SPM menyebabkannya melipat ganda usaha pada saat-saat akhir.

“Saya menghadiri kelas tambahan yang diadakan guru tanpa setiap hari termasuk hujung minggu.

“Kami mencapai kecemerlangan, saya dan rakan-rakan berkorban tidak pulang bercuti di rumah walaupun pada cuti penggal persekolahan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Amir Hariz Amir berkata, beliau juga lupa memastikan hafalan al-Quran lancar setiap hari walaupun sibuk dalam pelajaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI