fbpx

Sempat keluar bersama sebelum meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sadiah Bakar

MEKAH – Sempat keluar bersama dengan arwah suami sehari sebelum pemergiannya akan menjadi kenangan yang tidak mungkin dilupakan isteri, Sadiah Bakar, 72.

Manakan tidak, selepas 54 tahun hidup bersama, Allahyarham Abnil Hajar Ismail , 72 menghembuskan nafas terakhir tanpa sempat menunaikan haji bersama-sama isteri.

Menurut Sadiah, lebih menyedihkan pemergian arwah suaminya menghadap Illahi Jumaat lalu secara mengejut dan hilang dalam sekelip mata.

“Arwah langsung tidak menunjukkan sebarang tanda sakit kronik ketika kami keluar bersama.

“Cuma arwah ada mengadu lenguh badan, itu sahaja sehinggalah pagi Jumaat sebelum dia bawa ke klinik dan hospital,”katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Tambah Sadiah, arwah suaminya seorang yang rajin ke masjid dan boleh dikatakan solat berjemaah setiap waktu.

“Makcik pun selalu ikut arwah pakcik ke masjid. Cuma kadang-kadang makcik tak ikutlah,” jelasnya.

Allahyarham Abnil Hajar jemaah pertama yang meninggal dunia di Mekah berasal dari Kubang Pasu, Kedah disahkan meninggal dunia di Hospital King Abdullah, Arab Saudi pada pukul 10.30 malam Jumaat lalu.

Allahyarham Abnil Hajar dan Sadiah terbang ke Madinah menaiki penerbangan KT03 sebelum ke Mekah dan tinggal di Maktab 79, Hotel Land Premium.

Dalam pada itu, Pengurus Maktab 79, Al-Amin Jaminon berkata beliau sempat berjumpa arwah di klinik sebelum di bawa ke hospital.

“Sebelum sembahyang Jumaat saya sendiri jumpa di klinik, saya salam tangan dia, usap-usap peha dia dan saya cakap pada dia tuan haji kena kuat.

“Saya doakan tuan haji Insya-Allah sihat seperti biasa untuk tunaikan ibadat. Kemudian saya serahkan pada pihak klinik untuk dibawa ke hospital Arab Saudi sehinggalah menerima berita kematian allahyarham,” katanya lagi.

Menurut Al Amin, kematian Allahyarham dimaklumkan kepada waris di tanah air selepas dapat pengesahan daripada Pegawai Perhubungan Pelanggan hospital, iaitu wakil yang menghubungkan pihak hospital dan syarikat Masyariq.

Katanya lagi jenazah dibawa ke tanah perkuburan Assyaria dengan ditemani petugas Tabung Haji dan selamat dikebumikan di tanah perkuburan tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI