fbpx

Nur Hairani selamat, tinggal di rumah sewa di Johor Bahru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Hairani Husna

PONTIAN – Usaha mencari Nur Hairani Husna Chairil Yazid yang hilang sejak 24 April lalu akhirnya membuahkan hasil apabila gadis itu ditemui di Johor Bahru pada 8 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, gadis berusia 19 tahun itu ditemui bapanya, Chairil Yazid Muhammad di rumah sewa gadis itu di Pangsapuri Taman Bukit Saujana, Johor Bahru.

Katanya, pihak polis berjaya mengesan Nur Hairani Husna melalui maklumat penyewa rumah dan seterusnya membawa bapanya ke lokasi anak perempuannya itu berada.

“Hasil siasatan mendapati Nur Hairani Husna sedang mencari pekerjaan di Johor Bahru dan tidak mahu pulang ke rumahnya buat sementara waktu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan gara-gara enggan menyambung pelajaran, seorang gadis keluar dari rumah keluarganya di Kampung Telok Kerang pada pukul 5 pagi, 24 April lalu.

Ketika kejadian, Nur Hairani Husna pelajar Kolej Komuniti Johor Bahru turut membawa kereta jenis Proton Saga berwarna Ungu milik bapanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI