fbpx

Agong terima mengadap Ketua Pengarah MCBA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Agong berkenan menerima mengadap Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia di Istana Negara hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA), Datuk Seri Hazani Ghazali.

Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata, Hazani mempersembahkan peranan MCBA sebagai agensi bertanggungjawab mengawal selia sempadan negara bagi memelihara keselamatan serta kedaulatan negara.

“Hazani yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman dilantik sebagai Ketua Pengarah pertama MCBA.

“Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima mengadap Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya (M) Datuk Saiful Lizan Ibrahim. Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara (27 Mei),” kata laman Facebook tersebut hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memaklumkan, MCBA mula melaksanakan tugas bermula 1 Mei lalu.

Semua agensi-agensi penguatkuasaan dan kementerian terlibat seperti Jabatan Imigesen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia diarahkan meletakkan pegawai-pegawai di sempadan utama dan memulakan tugas segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI