fbpx

Siapa artis tolak berkawan dengan Ayda Jebat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbul suara-suara sumbang mengatakan seorang selebriti enggan berkawan dengan Ayda Jebat.

INDUSTRI hiburan tanah air boleh diibaratkan seperti trek balapan yang sejauh mana pun berlari, tetap juga berpusing di tempat sama.

Jadi, tidak perlu rasanya untuk saling bermasam muka apatah lagi mengamalkan sikap pilih bulu antara satu sama lain.

Namun, tidak salah jika kita meletakkan syarat tertentu dalam soal berkawan, kerana siapa tahu ada antara yang di sekeliling mampu menjadi gunting dalam lipatan.

Jadi, mungkin disebabkan itu ada artis ini yang katanya menolak untuk berkawan dengan barisan artis tertentu. Meskipun tidak diketahui sebab munasabah dia berbuat demikian, tetapi yang pastinya itulah yang Diva dengar.

Ada yang mengatakan artis itu tidak mahu berkawan dengan penyanyi kecil molek, Ayda Jebat. Sudah kenapa pula?

Alasannya mungkin hanya tuan badan sahaja yang tahu mengapa dia berbuat begitu.

Mungkin jika ada yang tidak berpuas hati, lebih baik bersemuka dan berbincang untuk mencari jalan penyelesaian. Tidak guna jika saling bermasam muka kerana kata orang ‘pi mai pi mai, tang tu’ juga.

Mengenali ibu dua anak itu, Ayda bukanlah sejenis artis yang gemar mencari masalah dengan individu lain lebih-lebih lagi sesama rakan selebriti.

Tetapi pilihan di tangan masing-masing. Tepuk dada tanya selera.

DIVA: Sebelum ini kecoh ‘drama’ kawan baik jadi perosak rumah tangga, sekarang kita hendak tengok apa pula?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI