fbpx

Presiden Taiwan sedia bekerjasama dengan China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan Ching-te (tengah) ketika menghadiri majlis ketenteraan di Taoyuan, Khamis lalu. - AFP

TAIPEI – Presiden baharu Taiwan berkata pada hari ini bahawa beliau bersedia untuk bekerjasama dengan China walaupun latihan ketenteraan dilakukan di sekitar pulau itu pada minggu ini.

Latihan itu bermula di sekitar Taiwan pada Khamis lalu, hanya tiga hari selepas Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai Presiden.

Ching-te memberitahu pemberita bahawa beliau mahu Taiwan dan China bersama-sama memikul tanggungjawab penting bagi kestabilan serantau.

“Saya juga berharap untuk meningkatkan persefahaman dan perdamaian bersama melalui pertukaran dan kerjasama dengan China, selain bergerak ke arah keamanan dan kemakmuran bersama,” katanya pada satu acara di Taipei.

Komunikasi antara China dan Taiwan terputus pada 2016 selepas bekas presiden pulau itu, Tsai Ing-wen daripada Parti Progresif Demokratik (DPP) memegang jawatan serta berikrar untuk mempertahankan kedaulatan Taiwan.

China dalam pada itu menganggap pulau tersebut sebagai sebahagian daripada wilayahnya.

Ching-te yang juga anggota DPP, berikrar untuk mengekalkan dasar Ing-wen untuk membina keupayaan pertahanan Taiwan, namun terbuka untuk berdialog dengan Beijing.

Beliau selain itu komited untuk mengukuhkan hubungan dengan sekutu rapat Taipei, khususnya Amerika Syarikat (AS). – AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI