fbpx

Isu buang beras, barang dapur akan dihantar ke Peguam Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tular di media sosial pada 18 April lalu, gambar puluhan kampit, beras tin sardin dan tepung dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur-Kampung Gunung Senyum.

KUANTAN – Kementerian Perumahan dan Kerajaan (KPKT) sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian membuang beras, sardin dan tepung di Kuala Krau, Temerloh seperti yang tular dalam media sosial pada 18 April lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, perkembangan siasatan kes itu telah sampai ke peringkat Bahagian Undang-Undang kementerian tersebut.

“Kita akan dilihat secara keseluruhan sebab mahu memastikan apapun tindakan kita lengkap supaya kalau melakukan kesalahan tidak akan terlepas lagi.

“Selepas itu kita akan hantar kepada Peguam Negara untuk tindakan seterusnya sebab kementerian tiada kuasa pendakwaan. Kuasa pendakwaan di bawah Peguam Negara,” katanya selepas merasmikan Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB):Karnival Komuniti PPR @ Program Perumahan Rakyat Disewa Pinggiran Putra, di sini hari ini.

Menurut beliau, seramai tujuh hingga sembilan individu telah dipanggil bagi melengkapkan kertas siasatan tersebut.

“Semua siasatan sudah lengkap, temu ramah (keterangan) semua sudah diambil, maka tunggu tindakan selanjutnya. Insya-Allah akan dihantar kepada Peguam Negara,” ujarnya.

Pada 18 April lalu, tular di media sosial gambar puluhan kampit, beras tin sardin dan tepung dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur-Kampung Gunung Senyum. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI