fbpx

Britain bakal kembalikan program khidmat negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan askar-askar Britain menghadiri latihan tentera di Negotino, Macedonia. - AFP

LONDON – Parti Konservatif berikrar akan melaksanakan semula program khidmat negara sekiranya ia mengekalkan kuasa dalam pilihan raya umum Britain akan datang, kata Perdana Menteri, Rishi Sunak dalam manifesto beliau.

Menurut Sunak, pelaksanaan itu bertujuan untuk memberi peluang kepada generasi muda mendapatkan pengalaman ketika berkhidmat dalam tentera, lapor akhbar The Sun UK.

“Ini (Britain) adalah sebuah negara yang hebat tetapi generasi muda tidak mempunyai peluang atau pengalaman yang sepatutnya.

“Justeru, saya mempunyai rancangan yang jelas untuk menangani perkara itu dan menjamin masa depan kita.

“Saya akan membawa masuk versi baharu program khidmat negara untuk mewujudkan rasa bersatu padu dalam kalangan anak muda dan perasaan bangga yang diperbaharui,” katanya.

Di bawah skim baharu yang dicadangkan, setiap rakyat lelaki atau wanita Britain yang berusia 18 tahun perlu menjalani latihan khidmat negara mereka selama setahun.

Mereka diberi dua pilihan iaitu sama ada ditempatkan secara sepenuh masa dalam tentera atau menjadi sukarelawan dengan badan amal atau kumpulan sivik pada hujung minggu.

Parti Konservatif pimpinan Sunak turut mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk mempertimbangkan butiran mengenainya, namun rancangan pengambilan kumpulan pertama adalah pada September 2025.

Kos program itu dijangka sekitar £2.5 bilion (RM15 bilion) setahun. – AGENSI 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI