fbpx

Ahmad Jais mohon maaf gagal lengkap hatrik di Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA kempunan untuk melengkapkan hatrik di Piala Dunia Sepak Takraw selepas tumpas 1-2 terhadap Thailand dalam acara berpasukan.

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun memohon maaf kepada rakyat Malaysia ekoran kekalahan pasukannya untuk melengkapkan hatrik kemenangan pada aksi Piala Dunia Sepak Takraw 2024 selepas tumbang 1-2 ditangan seteru utamanya, Thailand di Stadium Titiwangsa, hari ini.

Pada perlawanan tersebut, Malaysia mempunyai misi cukup besar apabila mahu menamatkan kemarau kemenangan 33 tahun ke atas Thailand dalam acara berpasukan selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 1991 di Sukan SEA Manila, Filipina.

Tegas Ahmad Jais, dia berharap kekalahan tersebut tidak mematahkan semangat anak-anak buahnya kerana selepas ini mereka mempunyai misi yang lebih besar terutama di Piala Raja Thailand yang berlangsung pada awal September ini.

“Terlebih dahulu saya dari pasukan sepak takraw kebangsaan memohon kemaafan kepada semua peminat sukan sepak takraw khususnya di atas kegagalan pasukan kita untuk memecahkan dominasi Thailand dalam acara berpasukan.

“Bagi saya secara peribadi kita lihat terdapat beberapa elemen kelemahan yang perlu ditingkatkan khususnya di regu kedua dan ketiga itu adalah antara menyebabkan kita gagal beri saingan pada pasukan Thailand.

“Kita perlu sedar bahawa tiada jalan mudah untuk pemain kita mencapai prestasi terbaik dan kita akan lipat gandakan usaha untuk perbaiki prestasi bagi mempersiapkan pasukan di peringkat antarabangsa selepas ini,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Pada perlawanan tersebut, Malaysia mencatat kemenangan pertama menerusi trio emas negara iaitu Syahir Rosdi, Farhan Adam dan perejam terbaik negara, Azlan Alias yang menewaskan regu Thailand, Poramet Siriswat, Siriwat Sakha, Varayut Jantarasena dengna keputusan 9-15, 15-11, 15-13 .

Thailand yang tersentak dengan kekalahan regu pertamanya berjaya mencari mata penyamaan 1-1 selepas Kritsanapong Nontakote, Wichan Temkort dan Pichet Pansan menewaskan trio Malaysia, Haziq Hairul Nizam, Amirul Zazwan Amir dan Noraizat Nordin menerusi keputusan 15-8, 15-5.

Perlawanan ketiga di Stadium Titiwangsa terus tertekan apabila gandingan trio negara, Zuhri Zain, Aidil Aiman Azwawi dan Baihakki Arippin tumpas straight set 12-15, 12-15 ketika berdepan regu Thailand, Pornthep Tinbangbon, Marukin Phanmakon dan Tanaphon Sapyen.

Kemenangan tersebut sekali gus dapat memadam kekecewaan Thailand selepas mereka tewas terhadap Malaysia menerusi acara double dan regu pada Rabu lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI