fbpx

Sarah Yasmine suka Malaysia, banyak lokasi boleh diterokai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARAH YASMINE

PETALING JAYA – Wanita yang mendakwa dirinya ‘kekasih gelap’ penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine sekali lagi tular dalam media sosial apabila memilih Malaysia berbanding Singapura kerana mempunyai kepelbagaian makanan.

Bukan itu sahaja, wanita berusia 24 tahun itu juga berpendapat Malaysia turut memiliki pelbagai lokasi menarik untuk diterokai berbanding Singapura.

“Buat masa sekarang, saya memilih Malaysia kerana saiznya besar serta banyak lokasi menyeronokkan yang boleh diterokai,” katanya dalam sebuah video hari ini.

Sarah berkongsi mengenai perkara itu menerusi sepotong video TikTok selepas diajukan soalan ‘do you prefer Malaysia or Singapore’ (anda memilih Malaysia atau Singapura) oleh pemilik akaun @hafiythedude.

Menerusi video sama, Sarah turut memberitahu pilihan makanan di Malaysia lebih menarik perhatiannya berbanding di Singapura.

“Makanan Singapura atau Malaysia yang lebih baik?” soal Hafiy.

“Malaysia,” jawab Sarah ringkas.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur malah turut mengakui hal sama yang dikongsi Sarah mengenai Malaysia.

“Malaysia tak suka penyondol tapi tidak dinafikan Malaysia ada banyak makanan sedap.

“Mungkin dia suka Malaysia sebab lebih dikenali di sini,” komen netizen.

Terdahulu, nama Sarah meledak apabila tampil membuat kejutan membuat pendedahan perbualan WhatsApp Aliff dengan pelakon, Ruhainies yang didakwa ingin menjatuhkan reputasi Bella Astillah.

Kini, Sarah dilarang membuat sebarang kenyataan mengenai kontroversi yang berlaku selepas menerima perintah mahkamah Singapura dan surat saman daripada pihak Aliff. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI