fbpx

Piala FA: United idam Piala FA demi tiket ke Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONANA menyeru rakan sepasukannya untuk turun dengan aksi bermati-matian demi memenangi Piala FA untuk layak ke pentas Liga Europa. - AFP

MANCHESTER – Penjaga gol utama Manchester United, Andre Onana menyeru semua pemain meningkatkan usaha sekiranya mahu menjulang trofi Piala FA menjelang aksi final menentang seteru tradisi, Manchester City di Stadium Wembley pukul 10 malam ini.

Menurut Onana, peluang untuk meraih trofi berprestij itu adalah medan terbaik untuk menutup mulut pengkritik sekali gus meraih slot automatik ke kancah Liga Europa pada saingan musim depan.

“Saya harap semua pemain bekerja keras kerana peluang sudah di depan mata. Harus diakui kita bakal berdepan cabaran getir dengan menentang pasukan berkualiti seperti City.

“Namun, dalam perlawanan final tidak ada pasukan pilihan dan apa sahaja boleh berlaku asalkan semua pemain memberikan tumpuan seratus peratus. Ini adalah peluang untuk kita hadiahkan kejayaan buat penyokong setia kami.

“Bukan mudah buat mereka untuk terus berada di belakang pasukan setelah mengharungi musim yang sukar apabila kami gagal beraksi secara konsisten seperti yang diharapkan,” katanya.

Sementara itu, Onana turut menarik nafas lega apabila dua tonggak pertahanan utama, Lisandro Martinez dan Raphael Varane sudah cergas sepenuhnya sekali gus boleh membantu mengawal gawang pasukan daripada dibolosi nanti.

“Martinez dan Varane adalah pemain penting buat pasukan kami dan saya gembira apabila mereka kini sudah cergas sepenuhnya. Saya mahu pemain khususnya di bahagian benteng agar tidak membuat kesilapan mudah yang boleh menghukum pasukan,” katanya.

United telah menjulang trofi Piala FA sebanyak 12 kali dengan kali terakhir dimenangi pada edisi 2016. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI