fbpx

Piala FA: Man. City tidak pernah jemu buru kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RODRI percaya City mampu untuk mengekalkan kejuaraan Piala FA, namun menjangkakan mereka tidak berdepan laluan mudah. - AFP

LONDON – Tonggak tengah Manchester City, Rodri bertegas dia tidak pernah berasa bosan untuk memenangi lebih banyak piala dan akui setiap aksi final adalah begitu istimewa buat dirinya.

Bintang dari Sepanyol itu sedang mengintai kejuaraan ke-11 peribadi apabila bakal turun ke Stadium Wembley untuk hadapi Manchester United di final Piala FA malam ini.

Walaupun menang ke atas United pada final musim lalu, Rodri akui cabaran kali ini lebih sukar, namun seluruh pasukan kini sudah bersiap sedia untuk berdepan sebarang kemungkinan.

“Setiap perlawanan akhir adalah istimewa dan sudah pasti kami mahukan kemenangan.Musim lalu Gundo (Ilkay Gundogan) menjaringkan gol awal dan ia adalah permulaan baik buat kami, tetapi kami tahu betapa sukarnya kerana kami hanya mampu menang 2-1.

“Kami fokus kepada mentaliti dan semua pemain menunjukkan yang mereka bersedia untuk hadapi setiap cabaran, lebih-lebih lagi jika membabitkan perlawanan akhir,” katanya.

Seorang lagi bintang City, Bernardo Silva menjelaskan, sokongan peminat menjadi asas utama kepada kejayaan luar biasa pasukan itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Khidmat pemain 29 tahun itu sering diberi kepercayaan oleh Pep Guardiola dan kualitinya sekali lagi akan ditagih untuk menoktahkan kejuaraan Piala FA musim ini.

“Penyokong ada dimana-mana saja dan apa yang mereka mahukan adalah pasukan kami mampu tunjukkan sikap melawan. Tanpa penyokong, bola sepak pastinya tiada makna.

“Kami pernah tersingkir daripada Liga Juara-Juara, namun penyokong masih boleh bertepuk tangan kerana mereka faham yang kami sudah berikan segala-galanya. Jadi, hubungan ini cukup penting dan berjaya membantu kami memenangi kejuaraan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI