fbpx

Mangsa kebakaran tinggal sementara di Inap desa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rashideen menunjukkan kad pengenalan ibu dan dua adik beradiknya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Balik Pulau, hari ini.

BALIK PULAU – Mangsa yang terselamat dalam kejadian kebakaran sebuah rumah kedai di Kampung Paya Kongsi, pagi tadi yang mengorbankan ibu dan dua beradiknya kini ditempatkan sementara di inap desa di Pondok Upeh, di sini.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, pihak Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM) telah menyediakan penginapan untuk mangsa, Abdul Rashideen, 29, yang dilaporkan tinggal dalam keadaan sehelai sepinggang.

“Ada lagi bantuan bencana yang akan disalurkan selepas ini kepada mangsa termasuk tempat bertuduh untuknya nanti.

“Kita akan melihat sama ada mangsa juga merupakan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan lain-lain. Memang simpati dengan kejadian yang meragut nyawa tiga beranak pagi tadi,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi tadi, mangsa maut ialah Noorul Bowjiya Saida Mohamed, 58, bersama dua anaknya iaitu Mohamad Ibrahim, 33, dan N. Rahbiah Jasmin, 19.

Ketiga-tiga mangsa ditemui dalam keadaan bertindan di tingkat bawah rumah kedai dua tingkat, selepas hampir sejam operasi pemadaman api dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI