fbpx

Kertas siasatan khalwat Aliff, Ruhainies lengkap, kini tunggu JAPENS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruhainies dan Aliff ditangkap khalwat di sebuah kondiminium di ibu negara pada 8 Mac lalu.

PETALING JAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sudah melengkapkan kertas siasatan kes tangkap khalwat melibatkan dua pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies dan telah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS WP) untuk tindakan lanjut.

Berkongsi perkara tersebut, Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, keputusan selanjutnya adalah di bawah tindakan pihak JAPENS WP bagi membuat dakwaan hasil daripada kertas siasatan tersebut.

“Siasatan sudah selesai dan Jawi telah memberi kerjasama kepada Jabatan Pendakwaan Syariah untuk melengkapkan siasatan tersebut.

“Kertas siasatan pun sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan, sebagaimana prosedur biasa itulah prosesnya.

Mohd. Ajib mewakili pihak Jawi berkata, keputusan selanjutnya adalah di bawah tindakan pihak JAPENS WP bagi membuat dakwaan hasil daripada kertas siasatan khalwat Aliff Aziz dan Ruhanies.

“Semuanya terpulang kepada JAPENS untuk buat pendakwaan selepas siasatan lengkap,” katanya.

Mengenai kemungkinan dua selebriti itu akan didakwa, Ajib berkata perkara tersebut bergantung kepada tindakan pihak JAPENS selepas ini.

“Tarikh selanjutnya tiada tapi bergantung kepada JAPENSWP,” jelasnya

Sebelum ini, Jawi menegaskan tidak berkompromi dalam soal tangkapan khalwat membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies.

Pihaknya juga menegaskan tangkapan tersebut bukan gimik atau sesuatu tindakan untuk mempromosikan mana-mana pihak termasuk selebriti, sebaliknya dilakukan mengikut prosedur undang-undang yang sudah ditetapkan.

Terdahulu, Ruhainies dan Aliff ditangkap khalwat di sebuah kondiminium di ibu negara pada 8 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI