fbpx

[VIDEO] Penunggang Yamaha 125z ragut gelang emas diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular membabitkan kejadian ragut di Taman Bandar Senawang, semalam.

SEREMBAN – Seorang wanita yang menunggang motosikal bersama dua anak terkejut apabila diragut dalam kejadian di Taman Bandar Senawang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Hatta Che Din berkata, pihaknya mengesan satu video klip berdurasi 16 saat dan tular di Twitter @update11111 yang memaparkan kejadian ragut melibatkan seorang wanita.

Menurutnya, suspek merupakan seorang lelaki dan menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna biru telah meragut gelang tangan emas milik mangsa.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika mangsa berusia 33 tahun bersama dua orang anak menaiki motosikal di simpang jalan Dareca 2, Taman Bandar Senawang,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Faizal Mohd Zaini di talian 013-3611854 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI