fbpx

Semak keputusan SPM melalui SMS, laman web mulai Isnin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 boleh menyemak keputusan mereka melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan dalam talian pada Isnin depan.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam hantaran di X berkata, semakan melalui SMS itu boleh dibuat dengan menaip SPM NoKP AngkaGiliran dan hantar kepada 15888.

“Semua calon boleh menyemak keputusan SPM masing-masing dengan mudah dan pantas secara dalam talian, melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau hadir sendiri ke sekolah untuk mendapatkan keputusan jika ketiadaan akses capaian.

“Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM tahun 2023,” katanya.

Keputusan SPM itu juga boleh disemak di pautan myresultspm.moe.gov.my bermula pukul 10 pagi pada 27 Mei depan dan dibuka hingga pukul 6 petang, 2 Jun.

Sementara itu, calon yang tidak mempunyai akses internet boleh hadir sendiri ke sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI