fbpx

Warga Nepal jadi ‘tukang masak’ dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah (tiga dari kiri) menunjukkan hasil rampasan dadah pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang, hari ini.

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang berjaya membongkar sebuah makmal haram memproses dadah jenis heroin dan merampas dadah bernilai RM117,000 menerusi serbuan di Bukit Mertajam, Isnin lalu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 5.30 petang itu, polis turut menahan dua lelaki tempatan bersama seorang lelaki warga Nepal berusia antara 17 hingga 46 tahun yang disyaki terlibat dengan aktiviti memproses dan mengedar heroin.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, polis telah menjalankan serbuan di sebuah rumah teres di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam dan menahan seorang lelaki warga Nepal berusia 35 tahun di situ.

“Menerusi pemeriksaan, polis telah merampas 19 bungkusan plastik lutsinar dan satu besen yang di dalamnya mengandungi hablur dan ketulan disyaki dadah jenis heroin seberat 8.47 kg bernilai RM81,300.

“Polis turut menemui balutan plastik berwarna coklat berisi dadah jenis heroin base seberat 377 gram bernilai RM32,500, satu kotak coklat mengandungi dua plastik lutsinar bahan kafein bernilai RM3,200, bahan kimia dan peralatan memproses dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabar Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Menurutnya, dua lagi suspek lelaki tempatan berusia 17 dan 46 tahun ditahan di dalam sebuah kereta, kira-kira empat kilometer dari rumah yang menjadi makmal memproses dadah berkenaan.

“Siasatan awal mendapati lelaki Nepal ini bertindak sebagai tukang masak dadah berkenaan dan dia mendapat tunjuk ajar daripada suspek lelaki berusia 46 tahun yang disyaki menjadi dalang sindiket ini.

“Sindiket ini dipercayai memperoleh bekalan dadah dari Thailand dan dadah yang diproses adalah untuk pasaran tempatan,” katanya hanya dua tangkapan didapati positif dadah manakala seorang tangkapan mempunyai rekod kesalahan dadah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI