fbpx

[VIDEO] Faisal Halim diserang di luar, bukan dalam Vellfire

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV menunjukkan Faisal diekori individu tidak dikenali sebelum menyimbah asid ke arahnya di luar kenderaan.

PETALING JAYA – Kejadian simbah asid yang menimpa pemain bola sepak negara, Faisal Halim 5 Mei lalu berlaku di luar kenderaannya.

Menerusi video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, kejadian berlaku sebelum Faisal sempat memasuki kenderaannya bewarna putih yang berada di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah, di sini.

Dalam video berdurasi 56 saat itu, Faisal juga dilihat bersama isterinya Nur Syazwani Mizuana Shahril.

Bagaimanapun, rakaman tersebut menunjukkan kronologi berbeza yang mana Faisal dikatakan diserang dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Vellfire.

Sebelum, kronologi kejadian mengatakan Faisal membuat bayaran parkir dan pergi berseorangan mengambil kenderaannya yang terletak kira-kira 50 meter dari pintu masuk pusat beli-belah itu.

Faisal membuka pintu kenderaan dan duduk di tempat pemandu sebelum dihampiri dua individu menaiki motosikal dan menyimbah asid ke arah penyerang Selangor FC terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI