fbpx

TCL perkenal televisyen terbesar, harga runcit RM149,999

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pemasaran, Kumpulan Perniagaan Asia-Pasifik TCL, Norman Zhang (enam dari kiri); Carolyn (tujuh dari kiri); dan Pengurus Kanan Pemasaran Produk TV, TCL Malaysia, Lion Liang (lapan dari kiri) pada majlis pelancaran baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Jenama elektronik pengguna terkemuka dan jenama televisyen kedua terbesar di dunia, TCL baru-baru ini memperkenalkan barisan televisyen dan pendingin udara generasi masa depan pada majlis pelancaran media di Bangsar South.

Kemuncak majlis berkenaan ialah pengenalan televisyen QD-Mini LED terbesar di dunia yang berukuran 115 inci, iaitu 115″X955 Max, selain model televisyen C855 QD-Mini LED TV dan C655 QLED.

Turut diperkenalkan ialah pendingin udara TCL FreshIN yang menampilkan teknologi sistem 2 Way Fresh Air & Penapis QuadruPuri.

Model 115″X955 Max QD-Mini LED TV ditawarkan melalui pra pesanan di kedai dalam talian rasmi TCL dan kedai pengedar yang sah pada harga runcit RM149,999, manakala siri C855 dan C655 tersedia dalam beberapa saiz untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna.

Jualan untuk C655 berukuran 50 inci bermula pada harga RM2,999, manakala C855 75 inci bermula pada RM15,799.

Majlis Pengenalan Televisyen & Penyaman Udara Generasi Seterusnya TCL di Bangsar South.

Dalam landskap teknologi yang pesat berkembang, menggabungkan hiburan di rumah dan kerja pejabat menjadi trend yang semakin penting, mengubah semula cara manusia berinteraksi dengan ruang kediaman.

Berdasarkan platform pengumpulan dan visualisasi data, Statista, pasaran hiburan rumah di Malaysia diunjurkan melebihi AS$35 bilion (RM164 bilion) menjelang 2024, dan purata hasil bagi setiap pemasangan rumah pintar dijangka mencecah kira-kira AS$49.01 (RM230).

Pengarah Urusan TCL Malaysia, Carolyn Qiu berkata, rangkaian baharu televisyen dan pendingin udara tersebut seiring dengan visi TCL, iaitu ‘Membina Masa Hadapan yang Mampan dan Berhubungan dengan Teknologi Terkini’, sekali gus menyediakan prestasi premium dan pengalaman yang menakjubkan.

Televisyen TCL 115_X955 Max QD-Mini LED.

TCL 115″X955 Max QD-Mini LED TV 

Pelancaran 115″X955 Max bukan hanya menetapkan standard baharu untuk pengalaman tontonan, malah ia mengatasi teknologi OLED.

Menerusi kecerahan puncak sebanyak 5,000 nits dan lebih daripada 20,000 zon pemalapan setempat, ia menawarkan kejelasan dan kecerahan visual untuk masa hadapan yang lebih sihat dan berinspirasi.

115″X955 Max memaparkan teknologi QD-Mini LED yang dipertingkatkan, dikenali sebagai QLED PRO, yang menawarkan gamut dan ketepatan warna yang unggul berbanding paparan OLED.

Dengan kemampuan untuk mencapai 100,000 jam kestabilan warna, penonton boleh menikmati warna seakan-akan hidup yang kekal bertenaga dan nyata dari semasa ke semasa.

Televisyen TCL C855 QD-Mini LED

TCL C855 QD-Mini LED TV 

Ini satu lagi hasil karya visual daripada TCL yang mentakrifkan semula hiburan visual dengan paparan visual mengagumkan, warna seakan-akan hidup dan nisbah kontras yang tinggi.

Menampilkan lebih daripada 2,000 zon pemalapan setempat dan kecerahan puncak 3,500 nits, 144Hz VRR dimilikinya disesuaikan kepada kadar bingkai input berbeza dalam masa nyata, menghalang skrin daripada terkesan dan memastikan pengalaman permainan lancar dan mengasyikkan.

Sistem audio 60W ONKYO dan Dolby Atmos menyediakan pengalaman bunyi 360 darjah, dilengkapi dengan audio pelbagai saluran 2.2.2 dengan enam saluran bunyi yang bakal memeriahkan setiap perhimpunan keluarga atau mempertingkatkan sesi permainan ke tahap benar-benar mengasyikkan.

Model televisyen TCL C655 QLED.

TCL C655 QLED TV 

Bagi individu yang mahukan pengalaman hiburan terbaik, TCL C655 menampilkan kualiti gambar yang tiada bandingan, menyediakan paparan visual yang mengagumkan dengan palet lebih daripada satu juta warna dan volum warna sehingga 95 peratud berdasarkan standard DCI-P3.

Menerusi penggunaan teknologi Quantum Dot dan AiPQ Pro Processor, TCL C655 menggabungkan berdozen algoritma pengoptimuman  AI-Gambar-Kualiti, meningkatkan kejelasan, kontras, sokongan HDR, warna dan gerakan untuk memberikan pengalaman tontonan yang menakjubkan.

Penyaman udara TCL FreshIN-1.

Pendingin udara TCL FreshIN 

Sementara itu, dalam iklim Malaysia yang lembap sepanjang tahun, pendingin udara FreshIN yang dilengkapi dengan teknologi sistem 2 Way Fresh Air yang dipatenkan oleh TCL, menyediakan penyelesaian ideal untuk mengekalkan kualiti udara dalaman yang selesa dan sihat.

Ia menyediakan bekalan udara segar komprehensif pada kadar 60 meter padu/jam dan mengeluarkan udara dalaman pada kadar 30 meter padu/jam, meningkatkan keselesaan terma dan pengalaman pengguna.

Mod Exhaust menghilangkan bau dan bahan berbahaya seperti formaldehid serta bauan sisa dapur.

Pada masa yang sama, Mod Purification berserta sistem Penapis QuadruPuri dan penapis berkecekapan tinggi dan berketumpatan tinggi HEPA melakukan penapisan zarah halus, habuk dan bakteria dengan berkesan, sekali gus memastikan kualiti udara dalaman yang sihat.

Maklumat lanjut mengenai produk boleh didapati di www.tcl.com. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI