fbpx

Pemilik sebelah kereta Faisal Halim mengaku video tular CCTV sahih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ciapan wanita tersebut hari ini (gambar kecil) dan rakaman CCTV kejadian Faisal Halim disimbah asid, 5 Mei lalu.

PETALING JAYA – Seorang wanita mengesahkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial membabitkan Faisal Halim hari ini sahih ekoran keretanya kelihatan di dalam video tersebut.

Wanita yang dikenali dikenali sebagai Farra Nathasha Hidzir pernah tular sebelum ini kerana mendakwa keretanya yang diparkir bersebelahan pemain kebangsaan itu turut terkena simbahan asid oleh suspek.

Farra sebelum ini berkata dia terkejut apabila mendapati cat bahagian hadapan kereta miliknya mengelupas ekoran terkena cecair tersebut selepas keluar dari pusat beli-belah tersebut.

Dalam ciapan hari ini, Farra mengesahkan bahawa video tersebut sememangnya rakaman sewaktu Faisal Halim disimbah asid di sebuah pusat beli-belah, 5 Mei lalu.

“Ya, CCTV ini memang sahih. Sebab kereta saya ada dalam rakaman itu. Faisal Halim memang tak naik Vellfire. Rakaman ini sahih,” ciapnya ringkas.

Ditanya orang ramai mengapa dirinya tidak memberitahu kebenaran ketika tular kronologi menyatakan penyerang Selangor FC itu menaiki Vellfire, Farra cuma berkata dirinya tidak mahu melebihi kenyataan polis.

Hari ini, selepas 18 hari kejadian malang itu, tular di media sosial video CCTV memaparkan tragedi simbah asid yang menimpa Faisal atau lebih mesra disapa Mickey.

Walaupun kesahihan CCTV itu masih belum disahkan oleh pihak berkuasa, namun menurut pengamal media yang mengikuti tinjauan lokasi, kawasan tempat di dalam video tular itu sememangnya menggambarkan pintu masuk sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya dimana lokasi malang tersebut berlaku.

Terdahulu, pemain berusia 26 tahun itu yang juga bapa seorang anak mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali.

Pada 19 Mei lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan fotofit suspek yang disyaki berusia lingkungan 30-an serta berketinggian 165 sentimeter.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek juga mempunyai kulit sawo matang selain bersaiz badan sederhana.

Lakaran fotofit itu dibuat berdasarkan bantuan saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Setakat ini, lebih 12 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI