fbpx

[VIDEO] Anak MB Perlis dituduh buat tuntutan palsu perkhidmatan minuman Raja Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Syafeeq ketika tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kangar bagi pendakwaan kes tuntutan palsu, pagi ini.

KANGAR – Anak kepada Menteri Besar Perlis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat tuntutan palsu berkaitan perkhidmatan menyediakan minuman untuk kegunaan Raja Perlis di Hospital Tuanku Fauziah, Februari lalu.

Tertuduh, Mohd. Syafeeq Mohd. Shukri, 35, yang juga menantu kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mohd. Syafeeq yang merupakan pemilik syarikat menjalankan perniagaan menjual gas serta seorang petani membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyerahkan dokumen Pesanan Kerajaan (Bekalan/Perkhidmatan) Kerajaan Negeri Perlis yang dipercayai mengandungi butir matan palsu kepada Pembantu Tadbir Bahagian Pentadbiran Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perlis berjumlah RM19,505.10 dengan niat untuk memperdayakan prinsipalnya.

Dokumen tersebut berkaitan perkhidmatan menyediakan minuman untuk kegunaan Raja Perlis di HTF.

Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan di Pejabat Bahagian Pentadbiran Daerah, Pejabat SUK negeri di sini pada 19 Februari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI