fbpx

847 kotak daging ayam sejuk beku bercampur babi dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 847 kotak ayam sejuk beku dirampas selepas disyaki melanggar takrifan halal dalam serbuan di sebuah stor penyimpanan di Jalan Burung Keleto, Inanam kelmarin. - IHSAN KPDN

KOTA KINABALU – Sebanyak 847 kotak ayam sejuk beku bernilai RM121,968 dirampas selepas disyaki melanggar takrifan halal.

Serbuan dilakukan di sebuah stor penyimpanan di Jalan Burung Keleto, Inanam kelmarin.

Semua daging ayam terbabit memiliki logo halal, namun didapati disimpan di dalam sebuah kontena bersama bekalan daging babi.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah, Georgie Abas berkata, serbuan dan rampasan dilakukan Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah sebelum diserahkan kepada pihaknya untuk siasatan lanjut.

Ayam sejuk beku yang dirampas selepas disyaki melanggar takrifan halal dalam serbuan di sebuah stor penyimpanan di Jalan Burung Keleto, Inanam kelmarin. – IHSAN KPDN

“Jumlah keseluruhan rampasan termasuk kontena sejuk beku dianggarkan bernilai RM151,968. Seorang lelaki tempatan yang juga pemilik premis turut diambil keterangan bagi tujuan membantu siasatan.

“Sementara itu, daging babi pula disita oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Georgie berkata, kes ini akan disiasat mengikut Perintah 3 (1) (g) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 iaitu menyimpan barang yang diperihalkan sebagai halal dengan barang yang tidak diperihalkan sebagai halal berdekatan di satu tempat simpanan yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI