fbpx

Sivasangari raih pencapaian tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIVASANGARI berjaya menembusi kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas kejayaan menjulang kejuaraan di Kejohanan London Klasik.

RATU skuasy wanita negara, S Sivasangari mencapai kedudukan tertinggi dalam kariernya apabila berjaya berada pada kedudukan 10 terbaik dunia ranking Skuasy Profesional Wanita (PSA).

Pemain kelahiran Kedah berusia 25 tahun itu merupakan wanita pertama sejak Nicol David dan Low Wee Wern yang berjaya mencapai kedudukan 10 teratas dalam ranking kejohanan PSA wanita.

Sivasangari meluahkan rasa gembira selepas berjaya naik satu tangga dari kedudukan sebelumnya iaitu nombor 11 selepas menjadi juara Kejohanan Klasik London dan menyatakan bahawa kejayaan tersebut adalah berpunca sokongan padu pasukannya.

“Ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan luar biasa pasukan saya yang telah memberi dorongan kepada saya dan sentiasa bersama untuk melalui kejayaan dan kegagalan.

“Saya lebih bertekad daripada sebelumnya untuk terus meningkatkan prestasi diri dan menikmati setiap langkah dalam proses ini,” katanya dalam satu kiriman di Facebook.

Kejayaan yang dilakar Sivasangari bukan hanya sekadar kejayaan peribadi, tetapi juga satu pencapaian buat negara dan prestasi cemerlang ini mengekalkan nama Malaysia di persada dunia sekali gus membuktikan potensi pemain-pemain untuk menyinar dalam kejohanan dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI