fbpx

Serangan balai polis: Abang arwah Azza Fahmi dapat tukar penempatan dekat keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhar bercakap kepada pemberita di kediamannya di Kampung Poh Tambahan, Bidor, Perak hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

TANJUNG MALIM – Disebalik kesedihan kehilangan ahli keluarga tersayang, bapa kepada Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, Azhar Khaiden, 54, mengakui terdapat hikmah daripada kejadian malang itu.

Katanya, permohonan yang dikemukan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk anak keduanya, Ahmad Azza Fitri, 24, ditukarkan penempatan tugas di Perak telah berjaya diluluskan.

Azza Fitri yang juga abang kepada arwah Azza Fahmi, 22, ketika ini bertugas sebagai anggota polis di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah dan berjaya mendapat pertukaran ke IPK Perak di Ipoh.

Selain itu, Azhar berkata, antara hikmah kedua adalah permohonan untuk penduduk kampung mendapat surau baharu bagi kemudahan kariah juga mendapat perhatian penuh oleh Kerajaan Negeri Perak.

“Mengikut maklumat awal, respons daripada pejabat YB Menteri Besar (Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad) perkara ini dalam pertimbangan.

“Tragedi menimpa anak saya menyebabkan Menteri Besar (Saarani) telah sampai ke rumah saya pada malam Ahad yang lalu. Saya sekali lagi menyuarakan mengenai surau itu pada Menteri Besar yang dengan murah hati telah bersetuju meluluskan RM400,000 bagi pembinaan surau itu di Kampung Poh Tambahan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya lagi, beliau berhasrat untuk menamakan surau baru itu dengan nama Surau Al Fahmi Kampung Poh Tambahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI