fbpx

PMX sampai sumbangan kepada pelakon Nur Azifah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Farhan ketika menyampaikan sumbangan kepada Nur Azifah.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghulurkan sumbangan kepada pelakon Nur Azifah Zainon.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi di kediaman pelakon itu di Hulu Kelang.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Anwar berkata, Nur Azifah telah menderita sejak tahun lalu akibat kanser payudara.

Katanya, pelakon drama Istidraj dan Tujuh Warna Pelangi ini perlu menjalani rawatan berkala bagi merawat kanser tersebut, namun kos rawatan yang ditanggung amat membebankan.

“Saudara Farhan telah sampaikan sumbangan bagi pihak saya untuk membantu meringankan beban kos perubatan beliau.

“Mendoakan saudari Nur Azifah dikurniakan keafiatan oleh Allah SWT dan beliau diberi kekuatan untuk berdepan dugaan ini,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI