fbpx

Mikroplastik dalam testikel lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pencemaran mikroplastik ditemui dalam setiap sampel kajian. - David Kelly/Universiti Queensland

SANTA FE, NEW MEXICO – Satu kajian baharu mendapati bahan pencemaran, mikroplastik ditemui di dalam testikel manusia, lapor akhbar The Guardian kelmarin.

Penemuan itu mencetuskan kebimbangan mengenai tahap kesuburan lelaki akibat penurunan bilangan sperma.

Kumpulan saintis yang terlibat melakukan kajian ke atas 23 lelaki serta 47 haiwan peliharaan. Mereka menemui pencemaran mikroplastik dalam setiap sampel tersebut.

Menurut ketua pengarang kajian, Profesor Xiaozhong Yu dari Universiti New Mexico, pada awalnya, beliau ragu untuk mempercayai bahawa mikroplastik boleh memasuki sistem pembiakan manusia dan haiwan.

“Namun, apabila saya menerima keputusan kajian ke atas haiwan peliharaan, saya berasa terkejut. Saya lebih terkejut apabila melihat sampel untuk manusia,” katanya.

Testis yang dianalisis itu diperoleh daripada pelbagai bedah siasat pada 2016 terhadap lelaki berusia antara 16 hingga 88 tahun selepas mereka meninggal dunia.

“Kesan kepada generasi muda mungkin lebih membimbangkan kerana terdapat lebih banyak plastik berbanding sebelum ini di alam sekitar,” kata Yu.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Toxicological Sciences itu mendapati, testis manusia mempunyai kepekatan mikroplastik yang lebih tinggi.

Pencemaran zarah plastik yang biasa ditemui pada hari ini termasuk polietilena dan polivinil klorida (PVC). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI