fbpx

Polis cekup lelaki mengundi 8 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJUMLAH orang beratur untuk mengundi di Thiksey semalam. - Foto AFP

NEW DELHI – Polis menangkap seorang lelaki selepas dia dilihat dalam satu rakaman video, mengundi sebanyak lapan kali di daerah Etah, utara India, lapor portal berita Wion News semalam.

Lelaki itu dituduh mengundi untuk Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah India.

Susulan kejadian itu, ketua pegawai pilihan raya negeri mengeluarkan arahan untuk menggantung kehadiran ahli parti BJP di pusat pengundian berkenaan.

Kejadian  berlaku di kawasan parlimen Farrukhabad.

Lelaki itu didakwa kerana melakukan penyamaran dan menipu.

Seorang pegawai pilihan raya menulis di platform X bahawa pihaknya mengambil maklum tentang video tular itu. 

“Pegawai pilihan raya daerah yang prihatin telah diarah  untuk mengambil tindakan pembanterasan segera dan berkesan,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI