fbpx

Gempar kubur gadis baru meninggal berlubang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis masih mencari pelaku yang merosakkan kubur tersebut. – Polis Mrebet

JAKARTA –  Penduduk sebuah kampung di Purbalingga, wilayah Jawa Tengah gempar selepas sebuah kubur menempatkan jenazah seorang gadis digali semula dan tanahnya  dibiarkan berselerakan, lapor laman berita Kumparan semalam.

Berdasarkan keterangan yang tular di laman sosial, tali pengikat kain kafan jenazah juga dikatakan hilang.

Ketua polis tempatan,  Asisten Komisioner Polis Muslimun bagaimanapun berkata, kain kafan itu berada dalam keadaan sempurna.

“Memang benar,  ada kubur yang dirosakkan, namun jenazah dalam keadaan baik,” katanya.

Menurut Muslimun, insiden itu disedari penduduk setempat pagi semalam sebelum mereka membuat laporan polis.

Menurut penduduk, kubur itu milik gadis berusia 19 tahun yang baru dikebumikan sehari sebelumnya.

“Kubur itu baru berusia sehari, manakala Allahyarhamah ialah gadis berusia 19 tahun yang baru meninggal dunia pada hari sebelumnya,” ujar Muslimun.

Polis masih memburu pelaku yang merosakkan kubur tersebut, manakala penduduk setempat membersihkan semula kubur itu dan menimbus tanah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI