fbpx

Polis buru lelaki tayang kemaluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang melakukan tindakan tidak senonoh Jumaat lalu.

KOTA KINABALU – Polis bandar raya ini mengesan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh terhadap pekerja wanita di sebuah kedai aksesori telefon di Manggatal pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisoner Kasim Muda berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 8.30 malam, Jumaat lalu.

“Berdasarkan laporan yang dibuat mangsa, suspek dikatakan bukan pelanggan biasa di kedai tersebut. Dia dipercayai berkelakuan tidak senonoh apabila menayangkan kemaluan ketika bercakap menggunakan telefon.

“Suspek memakai baju berwarna putih manakala zip seluarnya dalam keadaan terbuka,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kasim berkata, semakan ke atas rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati suspek dilihat berlegar-legar di kawasan belakang premis sama.

Beliau menjelaskan, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI