fbpx

Kes ugutan terhadap Teresa Kok disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUSDI (kiri) dan Teresa Kok bersama surat ugutan yang diterimanya, semalam (kanan).

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan menerima laporan berkaitan sepucuk surat ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim.

Menurut beliau, satu kertas siasatan turut dibuka susulan laporan tersebut yang diterimanya sekitar pukul 9 malam, semalam.

“Hasil siasatan awal mendapati sampul surat yang dikirim mengandungi sekeping nota berbentuk amaran dan dua butir peluru.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, kes masih di peringkat siasatan dan pihak polis memandang serius perkara ini dan menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh menganggu siasatan.

Menurut Rusdi, sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Teresa Kok meluahkan kebimbangannya apabila menerima surat ancaman yang disertakan dua butir peluru.

Beliau menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, ancaman berbentuk surat tersebut diperoleh dari dalam peti surat kediamannya, semalam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI