fbpx

Sekali lagi kedai ayam jadi lokasi buang bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Mahidi (kanan) menunjukkan lokasi seorang bayi lelaki yang ditemui di sebuah kedai ayam di di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Belum sampai setahun insiden seorang bayi perempuan dibuang di sebuah kedai ayam di kawasan Jabur Kubur, Jalan Air Putih di sini, seorang lagi bayi ditemui di kedai tersebut hari ini.

Bayi lelaki yang sudah tertanggal tali pusat itu ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dan menggigil kesejukan oleh seorang pemandu lori ayam pada pukul 7.30 pagi.

Peniaga ayam, Raja Mahidi Raja Ayub, 38, berkata, pada mulanya, pemandu lori berkenaan terdengar bunyi mencurigakan sewaktu mahu menghantar bekalan ayam di kedainya.

“Dia kemudiannya terkejut menjumpai bayi yang sedang menangis dan menggigil kesejukan.

“Bayi tersebut hanya dialas menggunakan dua helai pakaian di atas lantai. Dia kemudiannya memaklumkan penemuan tersebut kepada saya,” katanya kepada Kosmo! di lokasi kejadian di sini hari ini.

Kosmo! 6 Julai 2023 melaporkan Raja Mahidi terkejut menjumpai seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dan dihurung semut di lantai kedainya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, bayi yang dianggarkan seberat kira-kira tiga kilogram dan cukup sifat itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh seminggu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI