fbpx

[VIDEO] 132 mangsa banjir di Kulim, Bandar Baharu dipindahkan ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian mangsa yang dipindahkan ke PPS Masjid Sungai Batu, Bandar Baharu awal pagi ini.

ALOR SETAR – Seramai 132 mangsa banjir di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang masing-masing dibuka pada pukul 12.12 tengah malam dan 3 pagi tadi.

Kawasan rumah mangsa mula dinaiki air kira-kira pukul 8 malam tadi susulan hujan lebat pada pukul 5 petang, semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad memberitahu, seramai 74 mangsa daripada 17 keluarga dari Kampung Padang Limau dalam mukim Karangan kini ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Agama (SMA) Ihsaniah Jangkang sejak tengah malam tadi.

“Mangsa terdiri daripada 38 individu dewasa, tujuh warga emas, 25 kanak-kanak dan empat bayi,” katanya di sini hari ini.

Katanya, banjir berlaku akibat limpahan air dari kawasan bukit selepas hujan lebat lebih sejam.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Kharuddin berkata, PPS Masjid Sungai Batu yang dibuka pada awal pagi ini kini menempatkan 58 mangsa daripada 14 keluarga.

“Kesemua mangsa terdiri daripada penduduk dari Kampung Cherok Meranti, Kampung Sungai Batu dan Kampung Sungai Tengas dalam mukim Sungai Batu. Faktor kejadian banjir adalah akibat limpahan dari Sungai Batu dan Terunsing,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI