fbpx

Serangan balai polis: Aspek keselamatan dipertingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin.

PETALING JAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan aspek keselamatan akan terus dipertingkatkan pada tahap maksima di semua lokasi berisiko susulan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pagi tadi.

Saifudin dalam satu hantaran berkata, beliau yakin pihak polis sudah memulakan siasatan terperinci berhubung insiden itu.

“Aspek keselamatan akan terus dipertingkatkan pada tahap maksima disemua lokasi-lokasi yang berisiko.

“Insya-Allah saya akan keluarkan kenyataan selepas mendapat segala maklumat lengkap berhubung insiden ini,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga anggota polis yang terkorban dalam kejadian berkenaan.

“Saya secara peribadi terkejut dan sedih atas insiden serangan yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.

“Saya mewakili seluruh keluarga besar Kementerian Dalam Negeri mengutuskan salam takziah kepada dua anggota yang telah terkorban dalam insiden itu iaitu Konstabel Ahmad Azza Fahmi dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad.

“Saya juga mendoakan semoga afiyah dan kesembuhan segera buat Koperal Mohd Hasif Roslan yang mengalami kecederaan akibat ditembak,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI