fbpx

Malaysia, Kazakhstan perkukuh hubungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bertemu Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev.

PETALING JAYA – Malaysia dan Kazakhstan sepakat untuk terus memperkukuh hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992 serta meneroka peluang kerjasama baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan semasa beliau dan delegasi Malaysia menghadiri majlis sambutan rasmi oleh Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev di Istana Presiden (Akorda).

Beliau berkata, selepas sambutan rasmi itu beliau dan Presiden Tokayev mengadakan pertemuan empat mata bagi membincangkan perkara penting terkait hubungan Malaysia dan Kazakhstan serta turut menyentuh isu antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

“Kami berdua kemudiannya mengetuai delegasi negara masing-masing dalam mesyuarat dua hala bagi membincangkan dengan lebih meluas kerjasama kedua-dua negara yang merangkumi pelbagai sektor seperti perdagangan, pelaburan, pendidikan tinggi, pelancongan, dan industri halal.

“Saya dan delegasi Malaysia juga turut diraikan dalam majlis makan malam selain dibawa melawat kawasan sekitar Istana oleh Presiden Tokayev,” katanya dalam satu hantaran di Facebook di sini hari ini.

Delegasi itu termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku, Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, bersama pegawai kanan pelbagai kementerian dan agensi.

Anwar tiba di Kazakhstan semalam untuk lawatan rasmi dua hari bertujuan mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI