fbpx

289 jemaah haji B40 terima insentif MAIWP RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersetuju untuk memberikan insentif sebanyak RM500 kepada 289 orang bakal jemaah haji daripada keluarga B40 di Wilayah Persekutuan untuk musim haji tahun 2024M/1445H.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar memaklumkan, pemberian itu adalah tanda keprihatinan kepada kebajikan masyarakat B40 serta mereka yang memerlukan.

“Ini adalah sebahagian usaha berterusan kerajaan untuk meringankan beban masyarakat serta diharapkan dapat membantu para jemaah haji terlibat,” katanya dalam kenyataan tadi.

Pada musim haji kali ini, seramai 31,600 orang bakal jemaah haji dari Malaysia akan menunaikan ibadah fardu rukun Islam yang kelima itu dengan wukuf di Arafah dijangka pada 15 Jun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI