fbpx

Kemudahan ‘autogate’ diperluas kepada 36 buah negara mulai 1 Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin ketika sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pendaftaran Negara di Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen (JIM) memperluaskan kemudahan sistem pagar automatik (autogate) di pintu masuk negara kepada 36 buah negara lagi bermula 1 Jun ini bagi mengatasi kesesakan di pintu masuk berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, inisiatif ini diharap dapat mempermudahkan ketibaan pelancong dari negara berkenaan sekali gus membantu merancakkan industri pelancongan negara.

Beliau berkata, sebelum ini, kemudahan itu sudah diguna pakai bagi pelancong dari 10 negara yang mula berkuatkuasa Februari tahun lalu.

“Sebanyak 36 buah negara itu termasuk kesemua negara dari Kesatuan Eropah iaitu Austria, Republik Czec, Denmark, Estonia, Cyprus, England, Perancis, Greece, Hungary, Ireland, Itali, Latvia dan beberapa buah negara lagi.

“Ia juga termasuk Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Jordan, Oman dan Qatar selain China, Kanada, Hong Kong dan Taiwan ,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 2023 di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya juga akan menambah 40 lagi kemudahan sistem pagar automatik dalam masa terdekat bagi memenuhi kehendak itu sekali gus menjadikan 94 unit keseluruhannya.

Saifuddin berkata, pihaknya dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan akan memohon supaya Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) meletakkan lebih banyak papan tanda serta pegawai pengiring di pintu masuk udara bagi melancarkan perkara itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI