fbpx

Bayar RM500, dapat karaoke dengan GRO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan di dua buah pusat hiburan di ibu negara, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Seramai 32 wanita warga asing disyaki wanita pelayan pelanggan (GRO) serta dua lelaki tempatan sebagai penjaga premis ditahan menerusi Op Noda di dua pusat hiburan di ibu negara, kelmarin.

Serbuan turut membongkarkan aktiviti berhibur dengan GRO dengan bayaran RM500 sebagai peneman di premis hiburan di Taman Miharja dan Taman Shamelin Perkasa.

Serbuan bermula pukul 11.45 malam dianggotai sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur

Ketika serbuan, terdapat pengunjung yang leka berkaraoke selain beberapa cubaan GRO menyembunyikan diri bagi elak dicekup polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Habibi Majinji berkata, serbuan pertama berjaya menahan 16 GRO warga Vietnam dan seorang penjaga premis.

Jelasnya, serbuan kedua bertindak menangkap 10 GRO warga Thailand serta enam Vietnam selain seorang penjaga premis.

“Siasatan awal mendapati pusat hiburan dikesan menawarkan khidmat GRO kepada pelanggan dengan bayaran tip dipercayai sekitar RM100 hingga RM500 untuk layanan minum dan berhibur,” katanya hari ini.

Beliau berkata, wanita asing turut dikesan telah melakukan kesalahan salah guna pas lawatan sosial.

Tambah Habibi, sepanjang serbuan terbabit, polis telah memeriksa 53 individu membabitkan pekerja dan pelanggan premis terbabit.

“Antara kesalahan yang dikesan ialah pusat hiburan dipercayai beroperasi tanpa lesen selain menggajikan pekerja asing tanpa permit sah,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI