fbpx

Atlet kayak negara dirempuh pemandu mabuk, diseret 600 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang dipandu seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk sehingga merempuh seorang atlet kayak negara (gambar kecil) di Lebuh Raya EDL, Johor Bahru, Sabtu lalu.

JOHOR BAHRU – Atlet kayak negara yang sedang menuntut di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), di sini cedera parah dipercayai dilanggar dan dirempuh seorang pemandu mabuk di Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) menuju ke Southkey, di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kejadian tersebut.

Sementara itu, Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS dalam satu kenyataan memberitahu, Siti Nurul Masyitah Md. Elias, 22, merupakan penuntut semester enam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal.

“Menurut saksi dan rakaman, sebuah kereta yang disyaki memandu dalam keadaan terhuyung-hayang telah melanggar mangsa dan diseret sejauh lebih kurang 600 meter dan kini mangsa dirawat di Hospital Columbia Asia kerana mengalami kecederaan yang sangat serius,” menurut kenyataan itu.

Siti Nurul Masyitah merupakan salah seorang atlet sukan kayak dan Dragon Boat Malaysia yang telah memenangi pingat Perak ketika temasya Sukan Sea 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI