fbpx

Satu kematian direkod setiap 2 minit di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 47,964 kematian direkodkan pada suku tahun pertama tahun ini menurun sebanyak 1.5 peratus, berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak 48,693 kematian.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, secara purata satu kematian direkodkan setiap dua minit, manakala 22 kematian direkodkan setiap jam dan 533 kematian sehari.

“Bilangan kematian bagi lelaki adalah 27,434, manakala perempuan pula sebanyak 20,530. Dalam tempoh sama, Selangor merekodkan bilangan tertinggi iaitu 7,730 kematian atau 16.1 peratus.

“Putrajaya pula mencatatkan bilangan kematian terendah dengan 68 kematian (0.1 peratus),” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau mengulas laporan Jabatan Perangkaan Malaysia berkaitan Perangkaan Demografi yang memaparkan data penduduk,kelahiran hidup dan kematian bagi suku tahun pertama 2024.

Mohd. Uzir berkata, kumpulan umur lebih 60 tahun merekodkan bilangan tertinggi iaitu 34,0672 kematian (71 peratus) diikuti oleh umur 41 hingga 59 tahun (19.8 peratus), umur 15 hingga 40 tahun (tujuh peratus) dan umur bawah 14 tahun (2.2 peratus).

Menurut beliau, Melayu menyumbang sebanyak 51.4 peratus atau 24,667 kematian berbanding 51.9 peratus pada suku tahun pertama 2023, manakala Cina meningkat kepada 27.0 peratus berbanding 26.1 peratus pada suku tahun pertama 2023.

“Sementara itu, jumlah kematian bagi India kekal tidak berubah pada 8.5 peratus, manakala kematian bagi Bumiputera lain menurun kepada 10.4 peratus pada suku tahun pertama 2024,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI