fbpx

Pelajar makin ramai, Melaka minta kerajaan lulus segera 28 SRA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAHMAD (empat dari kanan) menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar UPKK di Melaka, hari ini.

MELAKA – Kerajaan negeri memohon kerajaan persekutuan meluluskan segera permohonan pembinaan 28 buah sekolah rendah agama (SRA) baharu bagi menampung pertambahan bilangan murid yang semakin meningkat.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, jumlah kemasukan pelajar khususnya SRA Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) direkodkan meningkat mencecah hampir 3,000 orang sehingga April tahun ini.

“Kesedaran ibu bapa mengenai kepentingan pendidikan agama semakin meningkat,” katanya di Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Ujian Penilaian Kelas al-Quran dan Fardu Ain (UPKK), Syahadah Ibtiadiah Arabiah (SIA) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Peringkat Negeri Melaka, di sini hari ini.

Jelasnya, pada tahun lalu SRA JAIM mempunyai seramai 46,242 pelajar dan jumlah itu meningkat kepada 48,976 orang, tahun ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, sehingga kini sebanyak 32 daripada 192 buah SRA di negeri ini terpaksa berkongsi bangunan dengan sekolah kebangsaan bagi sesi pembelajaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI