fbpx

MotoGP: Quartararo harapkan tuah Le Mans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO memiliki kelebihan apabila turun beraksi di hadapan penyokong sendiri pada GP Perancis di Litar Le Man malam ini. - AFP

LE MANS – Bekas juara dunia, Fabio Quartararo tekad untuk menjadikan sokongan padu penyokong tuan rumah sebagai pemangkin semangat dalam usaha melakar kejuaraan pada Grand Prix (GP) Perancis di Litar Antarabangsa Bugatti, Le Mans malam ini.

Keyakinan itu disuarakan oleh Ketua Pasukan Yamaha, Maio Meregalli yang optimis Quartararo dapat meneruskan momentum pada hari perlumbaan sebenar selepas cemerlang dalam saingan bebas kelmarin.

Kata Meregalli, sokongan padu daripada penyokong tuan rumah kepada pelumba kelahiran Perancis itu menjadi salah satu faktor utama Quartararo mempamerkan prestasi lebih baik berbanding biasa.

“Saya sangat terharu dengan sokongan padu yang diberikan oleh penyokong di Le Mans. Sudah tentu saya harap apa yang diterimanya kali ini diteruskan pada hari perlumbaan nanti dalam usaha memburu kedudukan podium.

“Kita mahu Quartararo tampil lebih yakin di sini kerana semua orang tahu Le Mans bukanlah litar yang mudah tetapi dia sudah berada pada tahap terbaik apabila mencatatkan masa yang agak meyakinkan,” katanya.

Sementara itu, Quartararo yang bergelar juara dunia pada edisi 2021 mengakui sangat positif dengan impak yang diberikan selain berharap keadaan jentera berada pada tahap yang baik malam ini.

“Saya rasa jika semuanya memberi seratus peratus, mungkin kita boleh rapatkan jurang dengan pasukan pesaing. Harapan saya adalah kita dapat mencabar kejuaraan pada hari perlumbaan nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI