fbpx

Siti Hawa gigih urus keluarga selepas suami kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Siti Hawa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Langsat, petang ini. -Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Wanita yang maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam tali air di Jalan Lahar Kepar, Penaga di sini, hari ini merupakan tonggak keluarga selepas suaminya terbabit kemalangan beberapa tahun lalu.

Mangsa, Siti Hawa Mohd. Isa, 40, yang juga ibu kepada lima anak disahkan meninggal dunia dipercayai kerana lemas selepas terperangkap di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi itu, arwah Siti Hawa ditemukan di dalam kenderaannya pada jarak kira-kira 200 meter dari lokasi kenderaan itu terjunam.

Suaminya, Mahdzir Mat,54, berkata, arwah isterinya begitu gigih menguruskan keluarga dengan menjual kuih pada setiap Sabtu dan Ahad.

“Semuanya berlaku selepas saya ditimpa kemalangan beberapa tahun lalu. Arwah isteri juga mengasuh budak bagi membantu menampung kewangan keluarga.

“Saya hanya mengetahui kejadian menimpa isteri selepas anak sulung menerima panggilan telefon daripada jiran,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kepala Batas (HKB) di sini, sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI