fbpx

20 peratus atlet negara pelajar IPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapha (lima dari kanan) bersama atlet pasukan pelayaran UMT yang berlepas untuk Kejuaraan FISU Dunia di Pulau Duyong, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA NERUS – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berbangga 20 peratus atlet yang mewakili negara hingga di peringkat antarabangsa terdiri daripada pelajar institut pengajian tinggi (IPT).

Timbalan Menteri KPT, Datuk Mustapha Sakmud berkata, ia perkembangan positif yang menunjukkan sistem pendidikan negara bukan sahaja berjaya membentuk individu berteraskan akademik semata-mata malah turut cemerlang dalam sukan dan sahsiah.

“Ia gambaran positif IPT negara ini memiliki pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik malah sukan.

“Pencapaian yang dilakar sehingga ke peringkat antarabangsa ini amat membanggakan KPT,” katanya selepas melepaskan pasukan pelayaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Pulau Duyong di sini hari ini.

Pasukan pelayaran UMT berkenaan mewakili negara dalam Kejuaraan Persekutuan Sukan Universiti Antarabangsa (FISU) Dunia yang akan berlangsung di Itali pada 4 hingga 11 Jun depan.

Mustapha berkata, penganjuran
Karnival Sukan Universiti Malaysia (Masum) terbukti berjaya sebagai platform mencungkil bakat sukan dalam kalangan pelajar IPT.

Dalam pada itu, beliau berkata, KPT menaruh harapan pelayaran UMT yang disasar untuk merangkul kejuaraa pada kejohanan peringkat antarabangsa berkenaan.

“Mereka terdiri daripada diwakili enam atlet masing-masing tiga lelaki dan perempuan adalah duta kecil negara dan KPT di pentas dunia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI