fbpx

Pan-gon terus beri sokongan buat Faisal Halim 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAN GON.

SHAH ALAM – Walaupun tidak dapat bersama pasukan pada kempen kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 bulan depan, Faisal Halim masih ada tempat istimewa dalam diri pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Jurulatih dari Korea Selatan itu tetap mendoakan Faisal yang kini dalam proses pemulihan selepas selesai jalani pembedahan ketiga ekoran alami kelecuran tahap empat kerana disimbah asid.

“We all stand with you (kami berdiri bersama awak), Faisal!,” kata Pan-gon menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Ketika ini Faisal dilaporkan makin menunjukkan perkembangan positif dan pembedahan ketiga semalam berjalan lancar seperti yang dirancang.

Pembedahan semalam adalah menggunakan kaedah ‘skin allograf’ di bahagian tangan dan badan.

Sebelum ini, majikannya, Selangor FC turut melancarkan kempen solidariti Stand with Faisal Halim. Stop the Violence!. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI