fbpx

[VIDEO] Tiga lelaki menyamar polis gari, samun ejen Forex

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar mangsa ditahan tiga lelaki yang menyamar polis di Kuantan baru-baru ini.

KUANTAN – Dengan menyamar sebagai anggota polis, tiga lelaki bertindak menyamun seorang ejen pelaburan Forex selepas menggari dan membawa mangsa ke sebuah lokasi lain di daerah ini.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang, Khamis lalu itu, mangsa lelaki berusia 24 tahun mengalami kerugian kira-kira RM25,000 melibatkan wang tunai dan telefon bimbit jenis iPhone.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, ketika kejadian mangsa sedang minum bersama teman wanitanya di sebuah restoran di sini sebelum didatangi suspek yang memakai pelitup muka dan memperkenalkan diri sebagai polis.

“Mangsa kemudiannya digari manakala mulutnya ditutup dengan pita pelekat sebelum dibawa ke sebuah rumah. Suspek meminta telefon bimbit, beg duit dan kata laluan akaun bank mangsa.

“Pada pukul 1.30 pagi keesokannya mangsa ditinggalkan di kawasan Perkuburan Cina Bukit Ubi di sini sebelum lelaki itu berjalan kaki ke tempat penginapannya,” katanya hari ini.

Tambahnya, mangsa tidak mengalami kecederaan dan tiada senjata digunakan dalam kejadian tersebut.

Buat masa ini, polis sudah mengambil keterangan daripada mangsa dan rakannya.

“Pihak polis telah melawat lokasi kejadian dan mengesan saksi serta membuat semakan terhadap televisyen litar tertutup di kawasan sekitar bagi membantu siasatan,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI