fbpx

Utamakan ibadat ketika di Raudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kawasan Raudah yang menjadi tumpuan setiap bakal jemaah

MADINAH – Biarpun teruja dengan peluang memasuki Raudah, jemaah haji diingatkan perlu memberi keutamaan terhadap ibadat dan bukannya bergambar.

Pengurus Bimbingan Madinah, Fakhrur Ridzwan Othman berkata, keterujaan jemaah haji untuk bergambar dikhuatiri menyebabkan peluang beribadat terlepas.

Katanya, ini disebabkan tempoh masa terhad yang diberikan kepada setiap jemaah haji untuk masuk ke dalam Raudah.

“Bukan kita tidak bagi bergambar. Ia boleh tetapi adab pertama sekali ialah melaksanakan solat sunat terlebih dahulu dan berdoa sebab ia merupakan kawasan Rasulullah S.A.W

“Jangan ambil gambar itu sebagai keutamaan sebab takut tidak sempat untuk mendirikan solat sehingga tidak sempat berdoa sehingga ia akhirnya menjadi satu kerugian kepada diri kita,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Tambah Fakhrur Ridzwan, adalah lebih baik seseorang jemaah mendirikan solat sunat terlebih dahulu dan seterusnya berdoa di dalam Raudah.

“Jemaah haji boleh mendirikan solat sunat dahulu dan kemudian barulah berdoa kerana kita tahu ia merupakan salah satu tempat mustajab untuk berdoa.

Dalam pada itu, Fakhrur Ridzwan berkata, jemaah haji wanita yang berada dalam keadan haid tidak perlu bimbang sekiranya ada yang tidak dapat memasuki Raudah.

“Apabila ada jemaah haji wanita tidak boleh memasuki Raudah, jangan bersedih hati sebab masih ada peluang untuk berdoa di mana-mana dalam kawasan Masjid Nabawi.

“Berdoa semoga ia dijadikan asbab kebaikan kita dan Allah S.W.T melipat gandakan pahala seperti mana orang lain dalam masuk ke dalam Raudah,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI