fbpx

Suami yang mengurat saya dulu – Intan Najuwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Intan Najuwa dan suami.

SUKA benar tengok kehidupan bahagia pelakon, Datin Intan Najuwa yang bertambah jelita dan berbahagia sejak bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman.

Setiap langkah mahupun perkongsian pemilik nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid itu menjadi perhatian ramai termasuk fasa mula berkenalan dengan suaminya.

Menurut Intan, suaminya yang memulakan langkah menguratnya terlebih dahulu selepas diperkenalkan kawan baiknya dalam sebuah majlis.

Kiranya, lelaki kacak itu yang memulakan langkah cuba memikatnya, bukan dia yang mencari peluang.

Cemburu Mizz Lahar, beruntung betul Intan ya! Memang ‘sweet’ sangat kisah mereka di awal perkenalan dahulu.

Masih di alam musim bulan madu selepas mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos tahun lalu, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu juga memaklumkan mahu menimang sekurang-kurangnya tiga cahaya mata.

Kenapa tiga? Itu kena tanya Intan dan suami sendiri memilih angka tersebut. Mizz Lahar rasa kalau dah Tuhan nak bagi anak, tidak cepat atau lampat mahupun mengira bilangan. 

Apapun, sudah tentu peminat mendoakan kebahagiaan pasangan romantis ini tidak terkecuali Mizz Lahar. Moga kehidupan mereka makin bahagia!

Mizz Lahar: Seorang aktor menangis dikurniakan isteri yang setia di sisi biarpun diuji penyakit kronik. 






Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI